KENCANG ! Talam Dua Muka.

Adakah anda tahu apa itu talam dua muka ? okey mari kita lihat ..




[opss ni bukan talam dua muka , ni kuih tepung talam]



cuba kita tengok bawah lagi .



yess .. ini lah talam dua muka ..


menurut sumber [klik sini] , talam dua muka adalah mendua hati atau MUNAFIK .. MUNAFIK dari segi bahasa bermaksud Orang yang menyembunyikan perkara/maksud sebenar manakala dari sudut syarak bermaksud seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya didalam hati.


tanda tanda orang yang MUNAFIK .

1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh
2. Tindak-tanduk Yang Sentiasa Berubah
3. Tidak Tetap Kata
4. Sentiasa mengharapkan Kebaikannya Dibalas
5. Jiwanya Tidak Tenteram
6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup



Firman allah: " Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam Neraka...." ( Surah Al-Nisa':145)

subhanallah .. semoga hati hati kita jauh dari bersifat munafik . berbalik kepada talam dua muka , golongan ini biasanya bersifat neutral . tidak menyebelahi mana mana pihak pada kasar tetapi hakikatnya mereka mempunya agenda sendiri . talam dua muka boleh berlaku apabila mereka mereka ini mempunyai objentif yang ingin dicapai .


contoh paling ketara , adalah ingin memecahbelahkan silaturahim sesama manusia . sifat iri hati yang kuat dalam diri mereka tidak boleh lihat ada orang lebih dari mereka . dan situasi ini sedang berlaku di persekitaran kita .antara sedar atau tidak . kawan bergaduh dengan kawan baik sendiri , pekerja bergaduh dengan majikan ., yess ! ini kerana iri hati .


nasihat kepada si talam dua muka dan si DIA , fikir lah secara rasional . tahukah apa hukum memutuskan silaturahim sesama manusia ?hukumnya adalah haram dan dikira melakukan maksiat dan mendapat laknat allah .



tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim hadis riwayat MUSLIM .


sahabat , saya sayangkan anda . mari sama sama ubah diri dan hiasi peribadi .

2 0 orang suka entri ini:

Mohd Hazwan Hashim said...

alamak im olwez be like dis . hehe :)

asyrafNAKjadiLEBIHbaik said...

sungguh menginsafkan entry...
thanks for the tazkirah...

 
Copyright (c) 2010 SEKENCANG ANGIN