KENCANG! KHASIAT MINUM AIR MASAK

hi dan salam satu malaysia, terpaksa admit yang aku dah lama tinggalkan penulisan blog .. ini semua gara-gara masalah jiwa yang meruntun hati dan sanubari beberapa hari ni . Ini semua disebabkan lumrah kehidupan , ranjau berduri dan cubaan serta dugaan . Doakan aku kuat mengatasi semua ini .

okey DONE . cut the crap !


Back to our main point , entry kali ni nak cerita pasal khasiat AIR MASAK , AIR PUTIH , AIR MINERAL dan yang sama jenis dengannya .


1) MENGURUSKAN BADAN

ini sebab yang paling best ! minum air masak boleh menguruskan badan . ini kerana air masak takde kalori , lemak atau gula . Jadi minum banyak banyak pon takpe ^^,

2) MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN

Minum air masak dalam kuantiti yang banyak atau sebaik baiknya 8 gelas sehari mampu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan masalah sembelit malah membantu pembakaran kalori dalam badan .

3) KULIT SIHAT DAN KECANTIKAN

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut. Jadi jangan lupa minum banyak banyak kalau nak cantik . kan kan ?

4) UBAT SAKIT STROK

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

5) Menyihatkan JANTUNG

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.




Masa yang sesuai untuk minum:


1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.


2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.


3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.


4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Jadi nasihat kepada semua pembaca , banyak banyakkan lah minum air masak sebab ia langsung tak memudaratkan walaupon pengambilan dalam kuantiti yang banyak .





p/s , aku minum 4 botol ni air masak . sebab tertarik dengan khasiat no 1 air masak kat atas tu tadik . hehe .jadik 1200 ml x 4 = 4800 ml . 4800 ml sama dengan bape liter eh ? ok math FAILED !



3 0 orang suka entri ini:

Eyfa Zalifa said...

4.8 liter..:) by the way,thnx for sharing

syira rahim said...

sy byk minum air masak lately sbb sakit tekak. hehe. tak sangka byk khasiatnya.

ryrinn azman_cik angin said...

minum banyak banyak boleh kurus dan cantik . tmbah tmbah boleh kuruskan bdn . hehehee

 
Copyright (c) 2010 SEKENCANG ANGIN